Pages

Wednesday, January 12, 2011

TUTUP AURAT ATAU TUTUP 'URAT'




Assalamualaikum w.b.t.
Kumulakan diskusi ini dengan lafaz bisillahirrahmanirahim..

Pada kali ini ana akan membawa rakan taulan tidak kira sama ada kaum Adam atau kaum Hawa untuk berdiskusi mengenai aurat. Kepada kaum Hawa sudah menjadi kewajipan diri ini untuk menutup dan menjaga aurat dan bagi kaum adam, sudah pastinya kalian mempunyai ibu dan ibu kalian adalah seorang perempuan. Oleh itu, tidak menjadi permasalahannya isu ini didiskusikan kepada kedua-dua jantina ini. Mungkin apa yang akan ditulis ini menyebabkan ada orang yang tidak menyenanginya dan beranggapan hal ini adalah perkara yang remeh untuk dibincangkan, tetapi ini untuk peringatan bersama kerana ini merupakan pokok pangkal seseorang perempuan itu dinilaikan.

            Muktahir ini, sering kita saksikan kebanyakkan insan yang bernama perempuan hanya menutup ’urat’ bukan menutup aurat. Mereka berpakaian tetapi seakan bertelanjang. Apa yang hendak diutarakan di sini adalah masih ramai perempuan yang kurang faham dengan apa yang dikatakan sebagai aurat. Antara senario ini biasa dilihat ialah:
S   Ada memakai tudung untuk menutup aurat tetapi singkat. Julurnya diikat ke belakang atau diikat ke leher, maka ternampaklah leher dan dadanya.
S   Ada yang memakai tudung, tapi memakai T-shirt pendek. Malah ada yang memakai T-shirt tanpa lengan. Sudah itu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat? Yang dasyatnya, ada yang memakai T-shirt dan dipadankan dengan celana ketat sehingga menampakkan bentuk pinggul sehingga menimbulkan fitnah. Selalunya celana yang menjadi pilihan adalah dari jenis kain jeans. Berkata mengenai seluar jeans ada satu kisah yang ana hendak kongsikan sedikit mengenai asal usul seluar Jeans(jin). Kisahnya berbunyi begini:
                
                 Jin adalah salah satu makhluk Allah seperti manusia. Beza jin dengan manusia ialah kita tidak boleh melihat mereka tetapi mereka boleh melihat kita. Allah menjadikan jin dan manusia untuk beribadah kepada-Nya. Dalam kalangan jin, ada yang Islam dan ada yang kafir. Di kota Makkah ada sebuah masjid yang di namakan Masjid Jin. Semasa ayah dan ibu kepada Amar ke Makkah pada tahun 1995 untuk mengerjakan umrah, beliau hanya melalui masjid itu sahaja.
                
                 Perangai jin lebih kurang seperti perangai manusia juga, ada yang baik dan ada yang jahat. Walaupun Allah mengurniakan kuasa-kuasa tertentu kepada mereka tetapi mereka tetap tidak mempunyai kuasa untuk memudharatkan manusia kerana mereka juga adalah makhluk Allah. Sebagai makhluk Allah, mereka juga ada yang taat dan ada yang ingkar seperti manusia.
    
                 Pada suatu hari, ada seekor jin yang telah melakukan perkara yang dilarang oleh Allah. Sebagai hukuman, Allah menghalaunya ke dalam hutan rimba yang sangat tebal. Untuk menjadikan hukuman itu lebih berat, maka Allah menjadikan tubuh badan jin itu terlalu panas sehingga dia tidak tertahan. Oleh kerana begitu panas, maka jin tersebut telah menanggalkan semua pakaiannya lalu dibuang ke dalam hutan dengan harapan badannya akan memjadi sejuk.
    
                 Pada hari berikutnya, seorang pemburu telah masuk ke dalam hutan itu. Tiba-tiba dia bertemu dengan seluar jin tersebut yang ditinggalkan di perdu sebatang pokok. Tanpa berfikir panjang, Si pemburu itu mengambil seluar itu lalu memakai dan membawanya balik ke rumah.
    
                 Apabila sampai ke rumah, ramai orang datang melihat seluar itu kerana tertarik dengan potongannya. Oleh kerana ramai yang begitu berminat, maka pemburu tadi menyuruh isterinya menjahit seluar seperti model seluar jin yang dijumpainya itu dengan kuantiti yang banyak.
    
                 Sejak dari itu, pemburu tersebut tidak lagi memburu kerana dia telah menjadi seorang tukang jahit yang kaya raya hasil penjualan seluar jin tersebut. Pemburu itu akhirnya digelar saudagar seluar jin
    
                 Oleh kerana seluar itu asalnya daripada seluar jin yang dibuang di dalam hutan, layaklah seluar itu dipakai di dalam hutan sahaja sesuai dengan sifatnya yang bernama seluar jin(jeans). Yang peliknya manusia lebih suka memakai seluar jin daripada seluar manusia. (Kisah ini ana perolehi daripada Buku Motivasi Diri ’Transformasi Cinta Pertama Remaja’ oleh Amar, seorang artis nasyid yang tersohor dan ahli magik profesional dan katanya kisah ini didengarnya daripada ayahandanya. Sekadar rekaan sebagai sindiran yang bermanfaat.)
Kita teruskan dengan senario yang lain.
S             Ada yang memakai tudung, tapi memakai baju kebaya ketat. Tidak cukup dengan itu, memakai ’kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah betis dan kadang kala tersembul pula pahanya.
S             Ada yang bertudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Ish..Ish..Ish.. Kaki bukan auratkah???
S             Ada yang bertudung longgat yang apabila ditiup angin akan menampakkan bentuk rambut mereka atau sengaja membiarkan rambut itu terjurai sebagai fesyen.
S             Ada yang bertudung, tapi tidak memakai anak tudung sehingga rambut atau sanggulnya masih boleh kelihatan dari belakang.
S             Ramai perempuan yang pakai tudung, tapi ’merendek’ pula dengan pacarnya di bangku stesen bas dan pusat-pusat membeli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.
S             Ramai perempuan yang bertudung, tapi bermekap tebal dan memakai wangian secara berlebih-lebih. Menunjukkan aksi yang entah apa-apa.
S             Mereka bertudung tetapi hanya pada waktu-waktu tertentu seperti semasa ke sekolah,pejabat atau ke majlis-majlis rasmi. Walhal, bertudung dan menutup aurat itu adalah perintah Allah dan Rasul.

                        Apa yang dapat diperhatikan, ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah. Tetapi tidak sedapnya, semakin ramai wanita yang bertudung yang tidak menutup bahagian yang dikatakan aurat. Mereka kata sudah bertudung sudah menutup aurat la. Sudah berpakaian(pakaian ketat), sudah menutup aurat la. Itu bukan menutup aurat, tetapi hanya menutup ‘urat’. Sungguh menjelekkan.
           
                        Allah berfirman dalam Surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud
“Hendaklah mereka itu melabuhkan tudungnya hingga ke dada dan janganlah kamu mendedahkan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.”
Dengan lebih terperinci tudung yang dikatakan dalam ayat tersebut ialah bertudung di bahagian kepala untuk menutup rambut, bahagian tengkuk, dada dan punggung. Ada ulama yang menyatakan bahawa bahagian-bahagian tubuh perempuan yang menjadi tempat pergantungan iblis ialah mata, tengkuk di bahagian belakang, dada dan punggung. Wahai kaum hawa, sanggupkah kita membiarkan iblis laknatullah ini mencabuli maruah kita?? Sanggupkah??
           
                        “Ada golongan daripada ahli Neraka yang belum pernah saya lihat. Pertama, kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai untuk memukul orang(golongan penguasa yang kejam) dan kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat. Rambutnya sebesar pundak unta. Mereka tidak akan boleh masuk Syurga malah tidak akan dapat mencium bau Syurga, padahal bau syurga itu sejauh penglihatan demikian dan demikian.” Riwayat Muslim
           
                        Suka ana ingin mengingatkan diri ana dan rakan-rakan sekalian jadilah seorang perempuan yang berakal lagi beriman. Jadilah seorang muslimah solehah. Berfikirlah di mana status kita sebagai umat Islam. Pakailah pakaian yang menutup aurat. Ana juga merupakan seorang remaja dan sememangnya naluri seorang remaja itu menginginkan dirinya berstail, berfesyen. Tidak salah itu semua, tapi ikutlah syariat Islam. Sudah tersebar penjualan pakaian muslimah yang berlandaskan agama dan bolehlah kita mengunakannya. Oh, mahal.. Tidak  mengapa? Penyelesaiannya tidak perlulah terlalu berfesyen. Apa salahnya  kita memakai baju kurung yang merupakan lambang kesopanan dan juga merupakan warisan tanah air ini. Itu juga merupakan fesyen. Fesyen gadis melayu.  Betul atau tidak? Marilah kita bersama-sama muhasabah diri. Memperbetul apa yang silap. Menambah apa yang kurang. Bertaubat jika melakukan kesilapan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Jika mahu selamat berpeganglah pada panduan Al-Quran dan hadis.
                       
                        Ana rasa sampai di sini sahaja coretan untuk kali ini dan jika ada pihak yang tidak menyenanginya, ana dahulukan dengan ribuan ampun dan maaf. Ana hanya menyampaikan dan mencari keredhaanNya. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi menghadam coretan klise ini. Semoga apa yang disampaikan dapat menjadi iktibar kepada kita agar menjadi insan yang mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Segala yang baik itu datangNya daripada Allah S.W.T dan yang buruk datangnya daripada diri ana sendiri.
Waallahualam..

Salam permisi.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 LAMAN fiRDAUSi. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.