Pages

Friday, January 7, 2011

KAWAN, TEMAN, RAKAN DAN SAHABAT...

                                                               
"Pilihlah sahabat yang melindungi sahabatnya, dialah hiasan diri kita dan jika kekurangan dalam nafkah, dialah memenuhi keperluan kita."

"Pilihlah sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik dan bantuanmu, dia menerimanya dengan rasa terharu. Jikalau dia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menyebut-nyebutnya."

"Pilihlah sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik dan bantuanmu, dia mengaggapnya sangat berguna dan jika dia mengetahui keburukanmu, dia suka menutupinya."

"Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu, pasti dia memberi. Jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dan jika ada kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankan serta menghiburkanmu."

"Pilihlah sahabat yang jika engkau berkata dia suka membenarkannya ucapanmu dan bukan selalu mempercayainya sahaja. Jikalau engkau mengemukakan persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu."

 Nasihat dalam membina persahabatan sebagaimana pesanan Al- Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepadanya jelas menunjukkan bahawa pemilihan seorang insan yang bergelar kawan, teman, rakan dan sahabat amat penting sekali. Mereka merupakan identiti kita. Mereka juga yang membawa kita sama ada ke jalan yang lurus ataupun simpang - siur. "Jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, maka kita akan  turut berbau wangi. Jika kita berkawan dengan pembuat besi, maka kita akan terkena percikan apinya." Siapakah yang kalian pilih untuk berkawan??

          Tidak semestinya insan yang paling hampir dengan kita, merupakan kawan baik. Ada sesetengahnya, mereka inilah yang sebenarnya musuh dalam selimut. Sudah sah-sah mereka inilah yang mengetahui rahsia-rahsia kita dan siapa lagi yang memberitahunya kepada khayalak??? Namun, ada juga insan yang rapat ini benar-benar teman sejati. Tetapi, jangan risau. Berdoalah kepadaNya agar kita dikurniakan seorang sahabat yang benar-benar ikhlas berkawan dengan kita kerana Allah Taala.

Diharapkan setiap ukhuwah yang terjalin mendapat keberkatan Illahi.
 

Salam ukhuwah...
                                                                
                                                                   

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 LAMAN fiRDAUSi. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.