Pages

Wednesday, March 2, 2011

9 KUALITI WANITA YANG BAIK

Assalamualaikum W.B.T.
Sudah lama rasanya tidak mencoret di laman ini. Hari ini ana ingin berkongsi ilmu kepada rakan-rakan puteri dan rakan-rakan putera. Sudi-sudilah membacanya. 




9 Kualiti Wanita Yang Baik                              


1. Tulus

  • Ketulusan merupakan peringkat pertama menjadi sifat yang sangat disukai oleh semua orang. Ia akan membuatkan orang lain berasa aman dan dihargai.

2. Kerendahan Hati

  • Kerendahan hati berbeza dengan rendah diri. Sikap rendah diri merupakan kelemahan diri seseorang, keredahan hati mengungkapkan kekuatan kita. Hanya orang yang kuat jiwanya boleh bersikap rendah hati. Orang yang rendah hati boleh mengakui dan menghargai keunggulan orang lain.
3. Kesetiaan
  • Kesetiaan itu sudah menjadi barang langkah dan sengat tinggi harga nilainya. Orang yang setia selalu boleh dipercayai dan boleh diandalkan. Orang yang setia selalu menepati janjinya. Dia mempunyai komitmen yang kuat, dia rela berkorban dan sanggup berkhidmat kerana komitmennya.
4. Pemikiran
  • Pemikiran positif amat penting, orang seperti ini selalu berusaha melihat segala sesuatu dari kaca mata positif, bahkan dalam situasi yang buruk sekali pun lebih suka membiarkan kebaikan daripada keburukan. Dia lebih suka bercerita mengenai harapan daripada putus asa. Dia labih suka mencari resolusi daripada kekecewaan, dia lebih suka memuji daripada mengancam orang lain.
5. Keceriaan
  • Tidak semua orang dikurniakan keceriaan. Keceriaan itu tidak semestinya dengan ekspresi wajah dan tubuh kerana keceriaan seseorang itu dari hati. Ada orang ketawa tetapi hatinya menangis. Orang yang ceria, boleh menikmati hidup, tidak suka mengeluh, selalu berusaha meraih kegembiraan. dia boleh mentertawakan keadaan orang lain atau dirinya sendiri tetapi dia juga mempunyai potensi diri untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.
6. Kepercayaan diri
  • Kita harus daa senjata kepercayaan diri. Boleh menghargai diri sendiri dan orang lain. Dengan adanya kepercayaan diri, kita mudah menyesuaikan diri dalam apa situasi sekali pun.
7. Kebesaran Jiwa
  • Kebesaran jiwa ialah kemampuan kita memaafkan orang lain apabila mereka melakukan kesilapan kerana tidak ada manusia yang sempurna dalam dunia ini. Orang yang berjiwa besar tidak dikuasai oleh rasa benci, angkuh dan tidak suka bermusuhan.
8. Easy going
  • Orang seperti ini, menganggap dirinya ringan, tidak suka membesar-besarkan masalah kecil. Dia juga cuba berusaha mengecilkan masalah besar, tidak suka mengungkit-ungkit masa lalu dan tidak mahu sibuk serta khuatir dengan masa depan.
9. Empati
  • Empati adalah sifat yang sangat mengkagumkan, bukan semua orang memilikinya. Ia merupakan suatu kelebihan. Orang yang memiliki sifat ini bukan sahaja suka mendengar tetapi boleh menempatkan dirinya dalam posisi orang itu. Jika ingin mencapai kecemerlangan, kita harus merebut setiap peluang yang terhidang di hadapan, bukan mencari alasan mengaburi ruang untuk berjaya.
Hah, ada tak ciri-ciri ini dalam diri kalian?? Jika belum ada mari kita sama berusaha mempertingkatkan kualiti diri kita sebagai wanita yang disenangi. Sentiasa jujur pada diri sendiri dan gunakan setiap pengalaman yang ada sebagai landasan untuk terus maju. InsyaAllah, kita akan merasai kualiti itu.. Sekian saja untuk kali ini. Wassalam.



0 comments:

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 LAMAN fiRDAUSi. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.